Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2023

Nilai Memberi Untuk Kebaikan

Imej
  Peristiwa pada suatu pagi bertarikh 16 Februari 2023 telah mengajar aku untuk lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada diriku. Pagi ini, aku berjaya mendidik diri sendiri untuk menjadi insan yang suka memberi, menyelami dan cuba meletakkan diri sendiri dalam situasi diriku terpaksa meminta-minta, membujuk rayu untuk terus hidup. Benarlah bahawa dalam rezeki yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita, ada rezeki untuk para makhluk ciptaanNya juga. 

𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐀𝐥𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤𝐟𝐞𝐬𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟑

Imej
 KUALA LUMPUR ALTERNATIVE BOOKFEST 2023 Menjadi satu keterujaan buat diriku untuk menglibatkan diri sekali lagi dalam sebuah pesta buku besar-besaran yang kali ini akan diadakan di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Pesta buku ini juga bakal menjadi suatu platform himpunan dan saluran fizikal buat para penggiat aktif dalam industri perbukuan dan penerbitan, untuk mempamerkan pelbagai jenis genre buku, dengan harga yang berpatutan, di samping akan turut mengadakan pelbagai acara lain bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi pesta tersebut, sesuai dengan pemilihan Pasar Seni sebagai sebuah pusat budaya yang memperagakan kebudayaan dan kesenian Malaysia, dan lokasi alternatif bagi menarik minat lebih ramai orang untuk datang berkunjung ke pesta tersebut yang diadakan selama empat hari sahaja, bermula dari 23 hb - 26 hb Februari 2023.