Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍

Imej
            Kau datang seiring, di saat air mataku, menuruni pipi, jatuh ke bumi.   Aku memejamkan mata, mendengar seketika, irama setiap titisan air hujan, serentak menerbitkan rasa, aman dan tenteram.   Luka yang terbuka luas, sebentar tadi, perlahan-lahan sembuh, setelah kau membasuhinya, sedangkan tidak ada darah, yang mengalir keluar.   Usai saja selesai tugasmu, kau beransur pergi, seraya membuka langit, seluasnya.   Aku melihat, nun jauh di sana, ada warna jingga, kemerah-merahan, di horizon langit, sewaktu senjakala. Matahari terbenam, adalah satu bukti, bahawa pengakhiran juga, boleh saja menjadi begitu indah.                                                                       ...

𝑷𝒆𝒔𝒕𝒂 𝑩𝒖𝒌𝒖 𝑨𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 𝑳𝒖𝒎𝒑𝒖𝒓 𝟐𝟎𝟐𝟐

Imej
Ini merupakan tangkapan memori bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja Toko Buku Pujangga Baru ketika melakukan persediaan sehari sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 berlangsung. Secara jujurnya, bekerja dalam industri perbukuan sama ada dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa ternyata begitu menyeronokkan bagi insan-insan yang mencintai buku, ulat buku ataupun khusus buat mereka yang bergelar bibliofil. Meskipun ianya agak memenatkan, namun pengalaman yang saya alami ketika bekerja separuh masa semasa pesta itu berlangsung cukup untuk mengubah persepsi saya mengenai selok-belok industri perbukuan dan turut berpeluang bertemu dengan pelbagai pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan pesta tersebut. Alhamdulillah atas kurniaan ruang, masa dan peluang berharga ini.