𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍
Kau datang seiring,
di saat air
mataku,
menuruni pipi,
jatuh ke bumi.
Aku memejamkan
mata,
mendengar seketika,
irama setiap titisan air hujan,
serentak
menerbitkan rasa,
aman dan tenteram.
Luka yang terbuka
luas,
sebentar tadi,
perlahan-lahan
sembuh,
setelah kau
membasuhinya,
sedangkan tidak
ada darah,
yang mengalir
keluar.
Usai saja selesai
tugasmu,
kau beransur
pergi,
seraya membuka langit,
seluasnya.
Aku melihat, nun jauh
di sana,
ada warna jingga,
kemerah-merahan,
di horizon langit,
sewaktu senjakala.
Matahari terbenam,
adalah satu bukti,
bahawa pengakhiran juga,
boleh saja menjadi
begitu indah.


Ulasan
Catat Ulasan