Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓪𝓵𝓵𝓼 𝓱𝓪𝓿𝓮 𝓔𝔂𝓮𝓼

Imej
  The Walls have Eyes Hush,                                                                                     Can’t you see, Between these shabby walls, Have eyes but can’t tell, But mocking us through their glance? Hush, Can’t you hear, From these decaying walls, Actually laughing at us, Because they said That we are ignorant, But still know how to wear branded clothes and jewels.   Hush, Can’t you feel, That these gloomy walls, Are howling and crying, Because we left them, For the sake of something new. Hush, my dear The walls have eyes, And soon, We will be like them, Forgotten and rotting, For good.

𝚃𝙴𝚁𝙳𝙰𝙼𝙿𝙰𝚁 𝙷𝙸𝙽𝙶𝙶𝙰 𝙺𝙴 𝚂𝚄𝙼𝙷𝚄𝚁𝙰𝙼

Imej
        Saya memulakan pembacaan ringkas dan santai setiap hari sebelum hendak melakukan sebarang tugas ataupun sebelum bergerak masuk ke bilik kuliah. Ini adalah sebahagian daripada koleksi pembacaan saya bertemakan pengembaraan yang sarat dengan pelbagai kisah dongeng dan kaya dengan unsur moral. Agaknya saya menjadi seseorang yang suka berimaginasi dan berjiwa halus adalah mungkin disebabkan oleh minat saya yang gemar membaca. Bagi seorang bibliofil seperti saya, saya yakin para bibliofil di luar sana juga turut memahami apa yang saya rasai sekiranya saya memulakan hari saya tanpa membaca sebarang bahan bacaan langsung walaupun hanya satu lembaran sahaja. Rasa seperti hari itu tidak lengkap dan sempurna, bukan?    Saya mengagumi sikap sesetengah individu yang gemar membaca. Malahan, pembacaan itu juga turut meluaskan lagi perspektif mereka serta mencetuskan idea dan gagasan yang konstruktif. Ya, saya akui bahawa adakalanya saya sedikit ralat untuk s...

𝙱𝙴𝙽𝙶𝙺𝙴𝙻 𝙿𝙴𝙽𝙴𝚁𝙱𝙸𝚃𝙰𝙽 𝙱𝚄𝙺𝚄 𝙹𝙴𝙹𝙰𝙺 𝚃𝙰𝚁𝙱𝙸𝙰𝙷 𝚡 𝚂𝚃𝚄𝙳𝙸𝙾 𝙱𝚄𝙺𝚄

Imej
  Kelas penerbitan buku anjuran Jejak Tarbiah bersama-sama dengan Studio Buku pada 19 Disember, tepat pada hari Sabtu, merupakan salah satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan. Semuanya bermula apabila pada suatu hari, sedang saya ligat mencari buku di perpustakaan ATMA, Puan Saadiah bertanya melalui WhatsApp sekiranya saya berminat untuk menyertai kelas tersebut. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Rasa gembira dan keterujaan hati kian bertambah apabila Puan Saadiah memberi peluang untuk saya mengajak seseorang yang juga berminat untuk menyertai kelas tersebut. Semestinya, saya mengajak Hakimi untuk turut menyertai saya menimba ilmu dan pengetahuan asas tentang bagaimana ptoses untuk menerbitkan buku.       Kami berdua pergi bersama-sama ke teratak Jejak Tarbiah yang jarak lokasinya tidak terlalu jauh dari UKM Bangi. Sebenarnya, semangat saya yang pada awalnya berkobar-kobar sejak beberapa hari sebelum kelas itu bermula, menjadi sedikit kurang. Hal ini di...

𝓑𝓤𝓛𝓐𝓝

Imej
  BULAN 🌙 Kau bersinar di malam hari, Sedangkan benak hatiku gelap gelita, Kau tersenyum, Sedangkan aku terlantar sakit, Segala pengharapanku kau regas, Kau patahkan.   Aku benci kau,bulan! Bagaimana kau boleh bersinar, Dengan para bintang turut sama mengerdip, Sedangkan kami di sini tergeletak.   Aku benci kau, bulan! Bagaimana kau boleh tersenyum lebar, Sedangkan ada saja insan-insan fana, Yang sedang meratapi nasib hidup Cukup malang, lagikan keparat Bisa saja dipijak-pijak!