Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

𝓖𝓸𝓻𝓮𝓼𝓪𝓷 𝓦𝓪𝓻𝓷𝓪

Imej
Aku meminati buku, sastera dan seni lukis. Ya aku melukis tapi lemah dalam mewarnai lukisan yang aku sendiri hasilkan. Jangan ditanya dan jangan disuruh aku mewarna. Memang aku sendiri tidak dapat mewarna dengan baik. Entah kenapa dan sehingga kini aku masih gagal untuk melakukannya. Namun, aku tidak berputus asa untuk melakukannya, meskipun hanya secalit warna aku gunakan, mencemari kanvas lukisan aku sendiri. Aku tetap komited dan nekad dalam hal ehwal kehidupan aku yang lain meskipun ada kelompangan yang aku cuba tutupi sekemas-kemasnya. Hal ini juga yang telah membulatkan keputusanku untuk mengambil ibrah daripada kelemahan aku sendiri lalu mengubahnya menjadi kekuatan. Ya, dunia akan sentiasa ada peluang untuk menjatuhkan kita, namun kita mempunyai pilihan iaitu memilih untuk kekal jatuh atau terus bangkit.

Adil Perbuatan dalam novel Bumi Manusia

Imej
Novel Bumi Manusia karya Pramoedya Ananta Toer Salah satu butir bicara Pramoedya Ananta Toer yang meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap diriku sehingga kini melalui watak fiksyen Jean Marais, dalam novel roman ini adalah " Jangan mengadili tanpa tahu duduk perkara." Bertitik tolak dengan realiti kehidupan sebenar, adakalanya saya akui bahawa diri sendiri juga sebenarnya bersikap kurang adil terutamanya dalam perihal hubungan adik-beradik. Namun begitu, sebagai seorang kakak, saya seharusnya mengenepikan sifat egois dan mendidik diri untuk lebih bertoleransi.

Perang Manusia

Imej
                                                                                               Sumber: Pinterest   Kau pernah bertanya, Siapa yang remuk, Antara engkau dengan aku? Tetapi pernahkah kau lihat sendiri? Orang yang sedang tenggelam, Dalam hidup yang saling berperangan, Dalam penyesalan yang berpanjangan. Engkau pernah bertanya, Kenapa Tuhan menguji engkau, Namun diri sendiri lupa, Kerana leka dan alpa, hawa nafsu acuan engkau, diselebungi rasa tamak dan rakus, lagaknya seperti tikus, jijik dan kotor. Kerana nistanya perangai engkau, Engkau biarkan anak-anak ini, Di sana sini melarat, Tinggal tubuh sekerat, Engkau haus akan darah, Ingin terus menjarah. Engkau hantar perwiramu, yang berhati semu, jangan mengharapkan simpati, tetap ...

There's Nightmare Between Dreams

Imej
                                                                                                           Source: Pinterest When the curtains of heaven, Anchored, There isn’t a single sound of any raven, Everything seems pitched black, Because there’s not a single tone Of colours, Comes by, When I closed my eyes. Here I am now, Feelling hollow, Between dimensions, Wondering the reasons, Fantasy and reality, You told me therefore, That dreams can come true, But you did not told me, Are also a dream, Potentially granted. Your spirit is like a song, Sung in different tones, And we can choose, The tones that we want. I chosed a tone, Persuading me to move on, Forward, Achieving my ...