𝓖𝓸𝓻𝓮𝓼𝓪𝓷 𝓦𝓪𝓻𝓷𝓪







Aku meminati buku, sastera dan seni lukis. Ya aku melukis tapi lemah dalam mewarnai lukisan yang aku sendiri hasilkan. Jangan ditanya dan jangan disuruh aku mewarna. Memang aku sendiri tidak dapat mewarna dengan baik. Entah kenapa dan sehingga kini aku masih gagal untuk melakukannya. Namun, aku tidak berputus asa untuk melakukannya, meskipun hanya secalit warna aku gunakan, mencemari kanvas lukisan aku sendiri. Aku tetap komited dan nekad dalam hal ehwal kehidupan aku yang lain meskipun ada kelompangan yang aku cuba tutupi sekemas-kemasnya. Hal ini juga yang telah membulatkan keputusanku untuk mengambil ibrah daripada kelemahan aku sendiri lalu mengubahnya menjadi kekuatan. Ya, dunia akan sentiasa ada peluang untuk menjatuhkan kita, namun kita mempunyai pilihan iaitu memilih untuk kekal jatuh atau terus bangkit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐀𝐥𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤𝐟𝐞𝐬𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝙱𝙴𝙽𝙶𝙺𝙴𝙻 𝙿𝙴𝙽𝙴𝚁𝙱𝙸𝚃𝙰𝙽 𝙱𝚄𝙺𝚄 𝙹𝙴𝙹𝙰𝙺 𝚃𝙰𝚁𝙱𝙸𝙰𝙷 𝚡 𝚂𝚃𝚄𝙳𝙸𝙾 𝙱𝚄𝙺𝚄

𝚃𝙴𝚁𝙳𝙰𝙼𝙿𝙰𝚁 𝙷𝙸𝙽𝙶𝙶𝙰 𝙺𝙴 𝚂𝚄𝙼𝙷𝚄𝚁𝙰𝙼