Perang Manusia
Sumber: Pinterest
Kau pernah bertanya,
Siapa yang remuk,
Antara engkau dengan aku?
Tetapi pernahkah kau lihat sendiri?
Orang yang sedang tenggelam,
Dalam hidup yang saling berperangan,
Dalam penyesalan yang berpanjangan.
Engkau pernah bertanya,
Kenapa Tuhan menguji engkau,
Namun diri sendiri lupa,
Kerana leka dan alpa,
hawa nafsu acuan engkau,
diselebungi rasa tamak dan rakus,
lagaknya seperti tikus,
jijik dan kotor.
Kerana nistanya perangai engkau,
Engkau biarkan anak-anak ini,
Di sana sini melarat,
Tinggal tubuh sekerat,
Engkau haus akan darah,
Ingin terus menjarah.
Engkau hantar perwiramu,
yang berhati semu,
jangan mengharapkan simpati,
tetap saja mati.

Ulasan
Catat Ulasan